WhatsApp Link Yang Mematuhi Polisi Facebook & Instagram Untuk Buat Ads

Cara conventional atau cara ramai-ramai orang pakai ialah wasap.my/601xxxxxxxx kan.

Straight to the point. Cara buat WhatsApp link yang menepati syarat-syarat pengiklanan dalam talian ialah dengan cara korang Google je WhatsApp Link Generator. Yang atas skali keluar tu pakai lah yang tu.

Biasanya korang akan buat
https://wasap.my/60145163813/sayaberminat
Link ini tidak mematuhi polisi Facebook untuk buat Ads. Kadang kala lepas, kadang kala tak lepas. Time tak lepas tu pening kepala sebab sale x masuk. Kan kan kan?

Cara sebanar link untuk buat Ads berbunyi begini
https://api.whatsapp.com/send?phone=60145163813&text=Hye.%20Saya%20berminat%20dengan%20servis%20ditawarkan.%20Boleh%20bagi%20detail%20pakej?

Nampak panjang dan hodoh. Tapi link macam ni yang mematuhi undang-undang Facebook untuk buat Ads.

Cara Pakai

Click “Create Link Now!”

Masukkan nombor phone anda. MESTI tambah kod negara dekat depan nombor anda.
60 la kalau kita ni dekat Malaysia. Contoh :- 60145163813.
Lepas tu Boleh masukkan pre-text message utk korang tahu wasap tu dari mana utk measure link/keyword mana yang bawa trafik banyak.

Tips: Gunakan pre-text message yang berlainan untuk setiap kempen iklan anda untuk tahu iklan yang mana menjadi. Data ialah benda paling bernilai. Numbers Don’t Lie! Senang lah nk besarkan bajet iklan yang mana lepas ni.

Pro & Cons

PRO

  • Comply/mematuhi polisi Facebook/IG/WA.
  • Senang

Cons

  • Wasap link tak cantik.
  • Tak sesuai untuk guna untuk share dalam chat atau posting di FB/IG/WA

Korang boleh cuba buat link wasap korang dkt bawah ni. I dah pasang siap-siap untuk korang cuba. 🙂 Masukkan je

  • No Phone
  • Prefill Text

Tekan “Get Link” > Siap.. Copy terus masukkan ke dlm Ads Manager korang

Powered by Postcron

wa.me/whatsappphonenumber pon boleh pakai jugak

Close Menu